Saya tidak pandai bermadah pujangga walaupun saya adakala pencinta sastera.. coretan saya hanya ingin mengimbau kenangan dan melampirkan sedikit pengalaman cinta saya yang berakhir tragis. Meluahkan apa yg saya rasai,apa yg menghenyak hati saya bertahun2..
Saya kenal dia ketika hidup saya agak senang,saya ada kereta sendiri saat itu. Pertemuan pertama kami berlaku dalam 10 minit itupun sekadar jumpa tergesa-gesa. Yang membuat saya terharu,dia berusaha datang menemui saya menaiki bas HBR utk dtg temui saya yg ketika itu berada di kangar. Ketika dia dtg jumpa saya,dia agak ‘kelam’..dan berambut pendek ala-ala mat terap..katanya baru balik dari kem palapes. Saya tersenyum saja dan kami tidak bercakap banyak. Kemudian saya beransur pulang dan ketika itu saya memperkenalkan dia kepada mak saya.dia agak malu-malu. Saya berlalu pulang kerana mak saya ada kerja hendak diselesaikan wpun saya kesian dia dtg naik bas utk jumpa saya tp dpt jumpa Cuma kejap.
Sejak itu, kami declare..declare pda tarikh hari lahir saya yang ke 19. Dia memberitahu dia bukannya org senang tetapi saya tidak kisah akan hal itu. Adakala saya free saya pergi mengambilnya dan membawa dia keluar. Adakala saya tebalkan muka dgn kawan-kawan yang sudah ada kereta untuk menjemput dia di rumahnya. Asalkan saya dpt jumpa dia. Kami mula semakin rapat apabila kawan saya mengajak saya menemaninya ke pulau pinang mencari barang dan saya mengajaknya sekali. Kami bertiga lalu ke sana. Kenangan indah pertama sudah tentu di negeri itu memandangkan kami tidak pernah sgt berpeluang utk keluar selalu. Saya tidak pandang rupa dia, tidak pandang samada dia berharta atau tidak. Saya terima dia seadanya. Saya tak kisah bercinta dgn dia walaupun tidak mewah.
Pernah saya dimasukkan ke hospital kerana apendiks. Dia bergegas balik dari johor menaiki bas untuk menemui saya. Masa itu semua family sudah kenal dia. Tiada halangan walaupun ketika itu family saya agak senang berbanding dia. Tapi saya sekeluarga tidak pandang semua itu. Saya sayangkan dia sebab dia sangat penyabar orangnya. 6 bulan pertama kami tidak pernah bergaduh sehingga beberapa teman perempuan dia seolah-olah cemburu akan hubungan dia dgn saya. Saya tidak faham mengapa. Sehingga kini saya tidak tahu kenapa org seolah-olah tidak berkenan saya dgn dia. Ketika itu, saya masih pada prinsip yg sama. Saya terima dia seadanya. Saya sporting betul dgn kwn2 perempuan dia.. sampai satu tahap yang mereka tidak tahu hormat saya sebagai org terpenting dalam hidupnya, saya akhirnya tidak suka akan situasi itu. Saya berhak merasa cemburu juga.. dan saya pasti saya ada hak kerna saya gf dia.
Kami lalui percintaan dgn susah payah apabila sy smbg study. Semua menaiki bas. Dia di johor saya di shah alam. Adakala dia dtg ke shah alam jumpa dgn saya sambil dtg rumah kakak dia di bdr sunway ketika itu. Kami rapat. Tapi ada perkara yang saya kurang berkenan, dia cukup cemburu saya bertegur dgn kawan lelaki kalau terjumpa di mana-mana. Saya tidak lah over.. sekadar menegur.. nanti tidak pepasal saya di cop sombong..lagi pulak kawan-kawan saya kebyakan semua dia kenal memandangkan km satu skolah tp betul la, dia agak sombong kalo ternampak rakan-rakan sekolah dia sendiri. Selalunya dia buat x Nampak malah pernah sekali terjumpa exgf dia di kgr, dia tak mahu bertegur sapa dgn exgf dia even saya tidak kisah. Sehingga hal itu menjadi isu pjg yg tiada kesudahan. Tidak mengapalah. Lupakan saja.
Tetapi kalau dia berjumpa rakan perempuan, dia boleh berhenti dan berbual dgn rakan perempuan dia berjam-jam lamanya dan saya hanya menunggu tanpa rasa curiga atau cemburu. saya bersikap sporting saja. Namun berjam-jam tidakkah keterlaluan sedangkan saat tu kami berjalan-jalan untuk mencari tudung raya saya. Tetapi saya tidak merungut dan kemudian berlalu sorg2 mencari sendiri. Kalaulah saya ini seorg yg cemburu buta, mengapa saya boleh bersikap sporting saat itu. Saya memahami mungkin dia ada cerita yang ingin dikongsi bersama kwn yang dah lama dia x jumpa. Adakala saya kesal dgn sikap dia, sedari dlu dia tidak beriya-iya sgt kalau mengubungi saya melalui telefon. Kami jrg bermesej dan bergayut. Sgt jarang. Saya cuba memahami bahawa dia sibuk dgn study dia.. tapi seperkara yg saya x bole ingat bila saya menemui SMS dia dgn rakan sekelasnya di UTM, sgt mesra walaupun sekadar kwn. Msg tu shgga lewat malam. Berturut2.. ia menimbulkan rasa kurang senang sbb dgn sya sndiri dia tidak begitu sampai la satu tahap dlm SMS tu,kwn perempuanya meminta stop SMS kerna dh lewat malam sdgkan dia still lagi menghantar SMS tersebut. Saya sedih sgt ketika itu. Tapi adakah dia faham apa yg saya rasa. Tidak pun. Yang dia tuduh, dia hilang kawan disebabkan saya. Tidak mengapalah, Alhamdullillah.. sebenarnya saya tiada hak utk bersuara. Semua apa yg saya suarakan adalah tidak kena. Sejak itu saya sukar menahan rasa. Saya melepaskan kekecewaan saya itu. Dia tidak adil pada saya.
Kenangan yang tidak bole lupa apabila saya bersusah payah menaiki LRT sorg2 mencari dia di cheras semasa dia prktikum di sana. Suka sgt sbb masa tu dia dekat dgn saya. Tiap2 hari minggu kami bertemu. Jusco Maluri jdik tempat dating. Selalu kalo nk balik, saya mesti nangis. Bebila pun bila saya nk berjauhan dari dia, saya pasti tidak dapt menahan sebak. Saya juga ajar dia cmna nak naik LRT. Saya bahgia sgt msa tu. Pastu saya berpenat lelah berhimpit dalam bas RapidKL balik waktu malam sbab nk habiskan byk masa dgn dia. Sama juga sebelum saya sambung studi di shah alam, saya selalu menghantar dia ke stesen bas ekpres kangar,adakala dia bermalam di rumah saya bersama keluarga saya sebelum pagi esok bergerak menaiki bas ke johor dan disitu dah berapa kali juga la air mata saya tumpah sebab akan berjauhan dri dia. Dah berapa kali air mata saya jtuh kerna dia, tpi itupun dia cakap saya tidak sygkan dia.
Keluarga saya tidak kisah pun Cuma suruh jaga batas-batas sebab dia selalu bersama keluarga saya. Malah keluarga turut bawa dia sekali melancong ke Cameron n pantai timur. Pendek kata, family tidak pernah pun berkira dgn dia. Adakala ditegur tu perkara biasa, kami kan masih muda. Itupun dia simpan dlm hati sehingga dia pernah ungkit. Saya terkedu jugak tapi yang buruk2 semua org Nampak, yang baik2 selalu org cepat lupa.. tidak apalah. Saya malas nk amek hati.
Begitu juga bila dia dpt posting ke Sarawak.. family saya juga susah payah dtg KL bawak dia dan hantar dia ke hotel empress sebelum dia dihantar ke Sarawak.family tidak kisah pun sbab kesian kt dia nak naik bas pulak cri hotel tu dari perlis. Masa tu saya sedih juga, tapi hri itu saya tahan sedih. Tak nak nangis. Susah rasa hati sebab tempat posting dia tiada line tepon. Hmpir seminggu dia ilang. Saya sedih sgguh2 masa tu,. Saya google mcm2 nak tau cmna tempat dia duduk tu.Saya dpt msg dia pun masa dia kuar semayang jumaat. Dia kata dia kena naik bot. Pengalaman baru. Saya suka dpt dgr sora dia masa tu. Pastu dia ilang lagi. Sy resah hari2 smpai lali. Sebab dia pun jrg nk msg n call saya even dok semnanjung jdi sy terbiasa la jugak walau menangis sebab rindukan dia. Cengeng nooo.. asek nangis ja..hehehehe..:p
Sejak itu setiap kali dia balik dri sna, saya sambut dia di airport.. hati sy berbunga-bunga bila dpt jumpa dia. . tetapi tiap kali saya dia nak balik sana, saya menangis lgi..huhuhu..airport pula jdik saksi. Saya terlalu percayakan dia. Sehingga kali terakhir sebelum kisah tragis itu terjadi, saya tidak menangis seperti selalunya semasa hantar dia ke airport. Tidak sangka selepas itu saya menangis berhari2 apabila kisah tragis itu berlaku.
Sebelum saya tidak lagi dapat jumpa dan sentuh dia, saya tinggalkan baju kurung pertama yang skmi beli utk km bertunang. Saya mintak dia simpan sbb baju kurung tu dibeli semasa gaji dia yg pertama. Cincin tunang pun saya tinggal kat dia. Saya suruh dia simpan sebagai tanda saya pernah hidup bersama dia. Kali terakhir saya peluk dia, saya nangis di jeti Song,Sungai Rajang. Sungai itu jadik saksi perpisahan kami. tapi baju kurung itu dia pulangkan semula bersama bantal kecik tanda kasih saya padanya. saya sudahlah kecewa tetapi dia menghenyak lagi rasa kecewa saya ini.. tak apala hari ini hari dia..
Hari-hari terakhir bersamanya, setiap hari saya menangis. Saya tertekan sebab dia paksa saya balik ke perlis. Dan dia tertekan sebab saya x mau balik ke perlis. Saya sayangkan dia dan tidak mahu berpisah jauh dari dia. Tidak sangka tekanan2 itu menyebabkan hubungan kami berakhir. Saya dipersalahkan dan semua hal diungkit. Saya tiada kuasa utk pertahankan diri saya, kekecewaan saya dan segalanya yang diletakkan ke atas bahu saya. Saya begini kerana dia.. bertahun-tahun km bercinta dan kalau dia mcm tu tentu disebabkan saya, dan kalo saya begini sudah tentu disebabkan dia. saya terima dia dari dia tiada apa2.. 5 tahun bukan kejap..Hari ini dia dah berjaya. Dia berkorban semua utk org lain termsuk saya.Saya tau walaupun dia agak susah sekarang tapi dia ada segalanya. Dia ada asset. Dia ada bekalan utk hari2 yg dia lalui. Dia ada kerjaya. Dia tinggalkan saya kosong. Tiada apa2 utk berpaut. Tapi saya redha, saya masih kuat semangat. Saya terkilan dgn sesetengah pihak yang tidak memahami betapa saya tertekan dgn semua ini. Kalau lah saya saja dipersalahkan adalah tidak adil sebab tidak semua org tahu bagaimana hubungan cinta kami berlangsung. Bertahun2 saya dekat dgn dia,bertahun2 juga segala rahsia dia d tgn saya, dan bertahun2 juga saya tau sikap dia yang macam mana. Tapi sampai ke akhirnya, hati saya masih kental. Hati saya masih mencintainya. Hati saya masih tabah meneruskan cinta kami hingga ia diakhiri olehnya sendiri. Alasan dia saya terima, tetapi alasan saya, diketepikan.. maka saya berpegang pada diri sendiri.
Kalau pun org xsuka saya, org tahu ke apa saya rasa, org tahu ke bertahun2 ini saya begini kerana dia juga, malah org tau ke harapan saya pada dia pernah hancur berkecai tetapi saya diamkan saja sehingga dia yang pergi tinggalkan saya? X banyak saya kongsi pada org sebab saya tahu bahawa alasan saya mahupun kebenaran di pihak saya tak kan ke mana. Saya biarkan kisah yg saya pendam sebagai angin yang berlalu pergi. Biarkan kisah dia jadi alasn dia utk bergembira kini. Sekurang2nya ttg apa dia luahkan pada saya mengenai org lain, ttg apa yg dia x puas hati atau dia pendam selama ini, saya tidak canangkan pada org lain.. saya tidak hasut org lain malah saya tidak pula membuka apa yg dipendamkan itu kepada org2 tersebut utk membencinya walaupun org2 itu sekrang memburukkan saya.. saya masih pegang.. sungguhpun saya seorang yang direct lepaskan apa yg x puas hti tp saya masih ada rasa utk pegangnya dan biarkan saya saja yang tahu...
Saya tidak salahkan dia sebab saya juga bersalah. Tetapi saya kesal kerana ia terlalu singkat untuk mengubah apa yang perlu diubah dan dibaiki..malah sempat pula kelemahan itu dicanang dgn rasa bangganya oleh org yang merampasnya dari sy..tahniah utk org itu, sebab saya percaya kalo saya mengalaminya skrg, tidak kah ke depan2 yg msh pjg ini akan tiba giliran org itu pula?
wpun dulu dia berjanji akan menerima saya seadanya, dan berjanji akan membimbing saya perlahan2... saya kesal sebab akhirnya saya dihentam cukup2 sehingga saya tidak berpeluang menyatakan kebenarannya. Perlukah saya buat list utk menjawab segala tuduhan2 dia yang sebenarnya saya sendiri maklumkan padanya tetapi dia sendiri lupa? Tidak mengapalah...tidak perlu bukan?.dia mang cepat lupa.. dia bersusah payah bersama saya tetapi bila dia berjaya dan bekerjaya, dia lupakan susah payah kami bersama selama bertahun2 utk bersenang2 dgn org lain. Dia malu sebab jurusan saya ambil tidak semulia jurusan yang dia ambil semasa di university.. Dia tidak pernah memohon maaf atas apa terjadi selepas segalanya terjawab dan selesai dan berpihak kepada dia. Walhal saya yg sepatutnya merasa utk berdendam kerna hidup saya disia-siakan dan dihancurkan. Harapan saya punah untuk bersama org yg saya harapkan utk membimbing dan menjaga saya hingga ke akhir usia..
Saya hanya mampu ucapkan terima kasih, terima kasih kepada semua pihak.. especially kepada pihak yang sgt2 ‘memahami’ situasi saya ini... insya Allah kalo anda di tempat saya, saya pasti anda rasa bagai nak gila... saya pun.. tapi gila saya sekejap sebab saya tahu siapa saya..tapi bygkan apabila anda perlu melalui apa yg saya lalui ini.. bayangkan dan renungkanlah.....saya masih berhati wanita, yang luaran keras tapi lembut dan lemah di dalam...kalau anda di tempat saya, saya percaya anda tidak akan bercakap2 seperti sekarang mengenai tindakan drastic yang saya lakukan kerana tekanan yang melampau....malah nk keluar suara pun tersekat di kerongkong...percayalah! situasi di sini tak kan sama di sana.. ‘rasa’nya lain macam..syg sekali, ‘rasa’ itu hanya saya sorg sempat merasainya,...
saya muda lagi. Masa depan saya masih panjang, saya masih berpeluang utk berkerjaya yg lebih baik dan lebih mulia dari itu. Saya teruja dengan penghinaan itu. Itulah dikatakan habis madu sepah dibuang. Penghinaan itu buat saya kuat semangat. Penghinaan itu buat saya sedar, bahawa tak semua org selamanya bersama kita bila kita susah..penghinaan itu juga buat saya menginsafi diri sendiri.. saya akan terus berdoa....
saya terima dgn redha.. dan saya terima bahawa dia yg lebih berhak menang dgn semua alasan2nya... dia ada hak utk meletakkan saya sebagai menderita atau bahagia, dan bukannya saya... saya hanya mampu berdiri di sini dan melepaskan dia dari hati dan rindu yang selalu hadir selama bertahun2 bersamanya kerna krg perhatian dan cinta jrak jauh yg mmbuat saya sepi..saya sepi utk dia rasa gembira...terima kasih cinta...
saya percaya Allah Maha Adil.. Allah Maha Berkuasa..
saya akan berdoa....dan terus berdoa...
No comments:
Post a Comment